Saturday, 7 March 2015

PEMBERONTAKKAN WESTON DISEMBER 7 SEPTEMBER 1962

KENYATAAN VETERAN TNKU SARJEN MAJOR OTHMAN BIN HJ ISMAIL

Sarjen Major Othman Bin Hj Ismail

Sinopsis Perang Weston 1962

Pada awal tahun 1962 wakil Parti Rakyat Brunei telah datang ke Kg.Lubuk menyeru rakyat Weston yang rata-ratanya berketurunan etnik Brunei agar menyertai perjuangan Parti Rakyat Brunei menentang pemerintahan koloni British, bagi menuntut kemerdekaan dan menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu Brunei, Sabah dan Sarawak. Walaupun mendapat sokongan rakyat dan mendapat kerusi penuh dalam parlimen Brunei, usaha menuntut hak kemerdekaan rakyat Borneo ini dihalang oleh kuasa koloni British, jesteru sebuah angkatan Tentera Nasional Kalimantan Utara (BorneoUtara) telah ditubuhkan diseluruh Borneo Utara bagi persediaan menuntut kemerdekaan. Atas dasar perjuangan ini dan semangat patriotik terhadap Sabah, hampir kesemua warga Weston bangkit menyertai perjuangan ini.

Pembentukan TNKU Weston

Setelah wakil Parti Rakyat Brunei datang ke Kg.Lubuk seramai lima orang yang diketuai oleh Leftenan Hj Mukti dari Kg Lubuk,Sarjen Major Othman Bin Hj Ismail dan rakan telah dihantar ke Kuala Belait, Brunei untuk menjalani latihan ketenteraan selama dua minggu. Senjata, uniform dan bom buatan sendiri telah diberikan sebelum kembali ke Weston untuk merekrut anggota dan menuntut ilmu persilatan dan ilmu kebal dari seorang berbangsa Timur Indonesia bernama Omar.


Serangan Balai Polis Weston

Pada 7 Disember 1962 Sarjan Major Othman Bin Hj Ismail bergerak dari Kg Lubuk setelah menerima arahan dari pusat mengetuai sebuah pasukan TNKU untuk menawan dan menyerang balai polis Weston pada masa itu hanya dikawal oleh seorang anggota polis Awang Tengah. Beliau ditawan dan diikat, senjatanya greener shotgun telah dirampas oleh Sarjen Major Othman, kesemua senjata senapang patang dan rifel telah dirampas oleh pihak Insurgen TNKU.

Pertempuran Lingkungan

8 Disember 1962 Sarjan Major Othman Bin Hj Ismail mengambil kedudukan strategik sekitar Kg Lingkungan antara yang turut serta ialah Rahman Bin Hj Ismail ,Idris Bin Matasan,Lamit Bin Ajak, Jepun Bin Besar dan Tassim Bin Jaffar. Serangan bermula pada sekitar 9:00 pagi apabila peninjau TNKU telah menyedari kehadiran sebuah kenderaan Land Rover Polis membawa Pasukan North Borneo Mobile Police seramai 6-8 orang menuju ke lokasi mereka dan berhenti tidak jauh dari kedudukan serangan hendap, tanpa disedari Pasukan Polis Sarjen Major Othman menggunakan .22 rifel telah memulakan serangan dengan menembak kearah kenderaan land rover, pihak polis terpaksa membalas tembakan kearah insurgen. Semasa pertempuran Abdul Rahman telah menyalakan fius dan melontar bom buatan sendiri kearah kenderaan polis, walaubagaimana bom tersebut berjaya dibaling semula dan meletup kearah selamat, hasil dari keberanian seorang anggota polis dengan beraninya mengutip bom tersebut semasa tembakan bertubi-tubi dilepaskan oleh anggota insurgen TNKU kearah pasukannya. Pertempuran berlanjutan selama 30 minit ini berakhir dengan kedua pihak berundur tanpa sebarang kecederaan.


Berundur

Sarjen Major Othman selepas pertempuran Lingkungan dengan seorang dirinya bergerak ke Limbang untuk memohon bantuan dari Pusat Tentera TNKU, setibanya di Limbang beliau diarah untuk bergerak ke balai polis Limbang yang ditawan dan telah diberikan senjata dan bantuan seramai 20 anggota TNKU etnik Iban Sarawak kembali ke Weston. Beliau kembali ke Weston dan mendapati ianya telah ditawan semula oleh pihak polis dan kebanyakkan insurgen TNKU telah ditawan, beliau mengarahkan 20 anggota TNKU Iban untuk kembali semula diiringi oleh Pak Cik beliau bernama Ghani Bin Hj Ismail.

Perang Gerilla

Sarjen Major Othman setibanya di Weston telah bertemu semula dengan beberapa orang bawahnya dan mengarahkan anggotanya untuk bersembunyi di sekitar hutan Kg.Lubuk untuk persediaan melancarkan serangan gerilla ke atas kedudukan Pasukan Polis di Weston. Hanya selepas Ibu bapa serta jaminan daripada pegawai British sekiranya beliau menyerah akan diberikan pengampunan barulah beliau dan anggota lain menyerah.

Didakwa

Sarjen Major Othman Bin Hj Ismail setelah menyerah diri ,beliau didakwa dan didapati bersalah atas kesalahan merompak, memiliki senjata tanpa permit dan mencetus huru-hara oleh Mahkamah Tinggi Kerajaan dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan tiga tahun keatas insurgen yang lain. Beliau merasa tertipu dengan janji pegawai British yang menjanjikan pengampunan, selepas setahun beliau melarikan diri dari penjara Kepayan menuju ke Soloo (Mindanau) dimana beliau tinggal selama dua tahun, keadaan hidup yang lebih sengsara berbanding di Sabah telah membuatkan beliau mengambil keputusan kembali dan menyerah diri di Labuan. Hukuman 5 tahun kembali dikenakan keatas beliau dan beliau menghabiskan tempoh penjara selama lima tahun.

Kiri ke Kanan: En.Azlan Mohd Jaffar, Sarjan Major Osman Bin Hj Ismail, En.Milin Biok Jr

Nota

Pra Konfontasi Indonesia-Brunei-British-Malaysia(Malaya/Sabah, Sarawak)sebenarnya bermula dari Sabah seawal dari 7 Disember 1962 serangan keatas Balai Polis Weston, pemberontakan Limbang berlaku pada 8 Disember 1962.

Kenyataan direkod oleh penyelidik bebas:-

Azlan Mohd Jaffar (Sabah Historical Research and Preservation Group)

Milin Biok Jr.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...