Tuesday, 21 April 2015

Ada apa dengan perkataan "Keluar" pada nama SSKM?

Setelah 5 tahun SSKM beroperasi melalui Facebook, pada tahun keempat, pergerakkan ini telah berjaya didaftarkan sebagai sebuah NGO berdaftar dibawah bidang Kuasa Perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK).

Satu pencapaian yang telah menjadi titik sejarah Borneo ini sedang mencipta sejarah seterusnya menambahkan lagi lembaran sejarah didalam catatan sejarah Asia Tenggara yang mana tidak lama lagi akan muncul semula Negara-Negara yang sebelum ini pernah menjadi rakan didalam keanggotaan Asia sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.

Dahulu, pergerakkan ini sering mendapat ejekan malah apabila nama SSKM ini disebut, semua orang akan terketawa terbahak-bahak. Namun, senario tersebut kini sudah berubah sepenuhnya. Nama SSKM ini adalah nama yang sangat digeruni kini malah mampu membuatkan debaran jantung berdetak dengan kencangnya. Pergerakkan dalam perjuangan Memerdekakan Dua Buah Negara di Borneo ini kini telah menjadi perbualan yang sangat panas sekali terutama di Borneo. Bangsa malaya pula baru kini mula sedar akan seriusnya perkara ini dan telah mula memberikan perhatian kepada Bangsa di Borneo. Dahulunya, Bangsa Borneo selalu menjadi bahan ketawa bagi bangsa malaya kini, situasinya juga telah berubah 360 darjah.

Meniti jalan Perjuangan SSKM, pihak kami sering mendapat pertanyaan dan persoalan tentang mengapa perkataan "Keluar" ini digunakan dan alangkah baiknya jikalau perkataan tersebut diubah kerana perkataan ini kononnya sangat sensitif dan sangat bahaya untuk digunakan. Ini kerana kononnya kerajaan persekutuan sangat sensitif dengan perkataan tersebut. Disini, pihak kami ingin menerangkan dengan sejelasnya...

Mengapa "Keluar" itu terdapat pada nama "SSKM"?

Inilah penerangannya...


Bermula pada tahun 1990an, nama "Semenanjung Tanah Melayu (Malaya)" telah beransur-ansur dihilangkan didalam buku teks sekolah dan pada tahun 2000an, nama tersebut telah diganti kepada "Semenanjung Malaysia ataupun Malaysia".

Bangsa malaya sering merujuk Sabah dan Sarawak sebagai "Orang Luar". Dalam mana-mana catatan sejarah sebelum ini dan mungkin sehingga kini masih lagi tertulis bahawa "Sabah dan Sarawak Masuk Malaysia" ataupun "Menyertai Malaysia" pada 31 Ogos 1957.


Catatan sejarah ini sebenarnya hasil karya Pak Pandir malaya yang berlagak bodoh sombong dan berusaha untuk menyembunyikan fakta sejarah sebenar.

malaya kini telah menukar nama asal mereka daripada "persekutuan tanah melayu (malaya)" kepada "malaysia". Dan apabila anda mengatakan bahawa anda adalah orang malaysia, sebenarnya anda sedang mengatakan bahawa diri anda adalah "orang malaya atau orang persekutuan tanah melayu".


Jadi sekarang, adakah anda bangsa malaysia? Atau Bangsa Sabah/Sarawak?

Sebelum kemunculan kumpulan gerakan sosial media ini, perkara tentang usaha untuk memperbodohkan bangsa Borneo melalui doktrinasi halus ini semakin menjadi-jadi malah ia semakin meresap masuk kedalam kefahaman yang salah dikalangan generasi muda di Borneo. Yang lebih menyedihkan lagi apabila pemimpin-pemimpin dalam kerajaan khususnya bn-umno telah mempercayai doktrinasi ini malah menguatkan lagi perkara ini melalui ucapan-ucapan songsang mereka yang pro malaya/malaysia dimana-mana sahaja mereka berada.

Sedar atau tidak, sebelum ini anda juga pasti sering mendengar pemberita-pemberita malah guru-guru sekolah juga akan berkata bahawa Sabah dan Sarawak "masuk malaysia" atau "menyertai malaysia". Tetapi setelah SSKM muncul, adakah anda pernah dengar lagi perkataan sumbang tersebut???

Pihak kami bersetuju dan mengakui bahawa Sabah dan Sarawak TIDAK PERNAH MASUK malaysia. Atas sebab itulah perkataan ""KELUAR" sepatutnya tidak sesuai digunakan.

TETAPI, perkataan "KELUAR" sebenarnya telah menjadikan pihak kerajaan gerun dengan gerakkan ini kerana ia mempunyai potensi besar untuk mempengaruhi Bangsa Borneo untuk menyertai perjuangan ini. Selain itu, perkataan ini juga mampu difahami oleh orang-orang kebanyakkan di Borneo. Ini juga kerana masih terlalu ramai lagi pemimpin-pemimpin yang pro malaya/malaysia yang masih menggunakan kefahaman songsang ini untuk menyesatkan orang ramai. Atas sebab itulah perkataan "KELUAR" akan TETAP DIKEKALKAN agar mesej tersebut jelas sampai kedalam kefahaman mereka bahawa SABAH DAN SARAWAK HARUS DAN MESTI BERPISAH (KELUAR) daripada persekutuan malaysia.

Ini juga dikuatkan lagi melalui definisi "Persekutuan" didalam perlembagaan persekutuan malaysia yang jelas menyatakan bahawa definisi "persekutuan" adalah merujuk kepada persekutuan yang telah ditubuhkan pada tahun 1957 (31 Ogos 1957) dan BUKAN PADA tahun 1963 (16 September 1963).

31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu - Malaya (11 buah negeri).

16 September 1963 adalah Hari Pembentukkan Persekutuan Malaysia (Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu).

Negara Sabah dan Negara Sarawak BERSETUJU untuk membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA TETAPI MEREKA TIDAK PERNAH BERNIAT UNTUK MENYERTAI PERSEKUTUAN TANAH MALAYU (MALAYA) DAN MENJADI NEGERI DIBAWAH PERSEKUTUAN MALAYA INI!

Atas sebab itulah untuk menyedarkan mereka dan membuka mata rakyat Bangsa Borneo, nama tersebut telah terhasil iaitu "SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM)".

Tetapi secara faktanya, Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai Negara North Borneo) dan Negara Sarawak TIDAK PERNAH MASUK MALAYSIA tetapi telah MEMBENTUK PERSEKUTUAN MALAYSIA BERSAMA-SAMA DENGAN NEGARA SINGAPURA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYA).


Persekutuan Malaysia adalah terbentuk apabila EMPAT BUAH NEGARA BERSETUJU membentuk satu identiti bersama untuk dikenali diseluruh dunia. Identiti tersebut ialah "PERSEKUTUAN MALAYSIA"

Sekarang anda faham? Jikalau ya, sila sebarkan mesej ini...
Reactions:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...