Tuesday, 12 May 2015

Adenan temui 'aktivis pemisah'

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilaporkan bertemu dengan pegawai Bruno Manser Fund (BMF) yang menjadi pengkritik tegar Tun Abdul Taib Mahmud.

Dalam sesi khas di Kedutaan Malaysia di London itu semalam, Adenan juga bertemu dengan wanita kelahiran Sabah yang kini menjadi buruan, Doris Jones.

BMF adalah pertubuhan berpangkalan di Switzerland dan kerap membuat tuduhan terhadap kerajaan Sarawak.

Doris dikehendaki polis kerana didakwa terbabit dalam kegiatan mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Melaui laman Facebook, Doris berkata, Adenan ada menyatakan sesuatu kepadanya dalam pertemuan berkenaan.

"Orang Sarawak akan tahu juga nanti. Tetapi apa yang diperkatakan beliau tidak jauh daripada apa yang saya jangkakan," katanya.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...