Wednesday, 6 May 2015

Revolusi Kebangkitan Rakyat Negara China Menggulingkan Maharaja China

Sun Yat Sen adalah seorang REVOLUTIONARY yang berjaya menggulingkan maharaja Cina yang berusia lebih 2000 tahun. Sun Yat Sen (12 November 1866-12 Mac 1925) merupakan seorang nasionalis yang berjuang demi kemerdekaan negara China daripada pengaruh maharaja yang merupakan barua British. Beliau dilahirkan di Kwantang dan merupakan seorang anak petani miskin. 

Sun Yat Sen mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris, kemudian melanjutkan pengajian di Hawaii dan seterusnya menyambung pengajian di College of Medicine di Hong Kong. Pada tahun 1892 beliau berjaya menamatkan pengajian seorang doktor perubatan.

Setelah tamat pengajian, Sun Yat Sen sangat-sangat kecewa dengan dinasti Qing yang penuh dengan rasuah dan salah guna kuasa. Beliau mengembara ke eropah dan amarika untuk mengutip dana dan menyedarkan rakyat China tentang revolusi. Sun Yat Sen banyak menulis buku dan risalah tentang revolusi rakyat dan diedarkan secara percuma. Beliau berpendapat, hanya revolusi mampu menggulingkan maharaja yang kaki rasuah dan salah guna kuasa. 

Ketika itu maharaja China sangat baik dengan British. Hasil bumi dan kekayaan negara dibolot oleh golongan istana dan penjajah British. Golongan istana dan bangsawan hidup terlalu mewah dan mendapat segala kelebihan. Tetapi ramai rakyat yang miskin, kurang zat makanan dan ubatan, akses pendidikan yang terhad dan ramai yang tidak punya rumah sendiri. Sun Yat Sen menghabiskan masa selama 20 tahun untuk memimpin revolusi dan melakukan 11 kali percubaan. Sun Yat Sen banyak kali berpindah ke beberapa negara akibat tekanan daripada maharaja China dan British yang mahu gagalkan revolusi rakyat.

Sun Yat Sen menggariskan tiga prinsip dalam memimpin revolusi China :
1) Demokrasi
2) Nasionalis
3) Sosialis

Pada 1910, Sun Yat Sen berpindah ke Pulau Pinang. Di sini beliau menyumbang idea dan mengadakan mesyuarat bersama rakan revolutionari untuk menggulingkan maharaja China. Hasilnya, pada 1911, revolusi di China berjaya menjatuhkan maharaja dinasty Qing. Ini adalah percubaan ke 11 kali dan mengorbankan ramai orang dan ramai juga dipenjarakan. Akhirnya, sistem monarki raja di China yang berusia lebih 2000 tahun rebah ke bumi. China menjadi REPUBLIK.

Sumber: Anynomous
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...