Saturday, 20 June 2015

"Kepimpinan Kerajaan Negara Sabah Adalah Semata-mata Berlandaskan Kepada Kepentingan Diri dan Wang Ringgit"

"Kemajuan teknologi merubah sikap manusia menjadi seseorang yang suka berkongsi akan segala sesuatu hal atau perkara dengan begitu meluas dan pantas. Tidak tahu samada ianya berlaku atas faktor kemajuan dunia/ teknologi moden itu sendiri, ataupun ketamadunan manusia sudah mulai berkembang maju sehinggakan hampir-hampir saja mencapai zon ‘kemerosotan tamadun’ yang sekaligus memusnahkan kewarasan dan membunuh nilai kemanusiaan.

Setiap kemusnahan dan kerosakkan yang saban hari berlaku di muka bumi dipengaruhi oleh tindakan salah laku daya fikir yang melampaui dan yakini sudah membatasi garisan pemikiran sedia ada sebagai manusia biasa. Pemikiran yang merbahaya dan diikuti dengan tindakan luar kawalan. Bahawa manusia yang bertindak menciptakan undang-undang dunia dan berkuasa ke atasnya.

Seiringan dengan kemajuan dunia dan teknologi yang dimiliki dunia, hakikatnya manusia sudah tidak bernilai,telah jatuh dan mengalami kemerosotan. Manusia hanya memandang kepada nilai wang ringgit yang jatuh susut nilainya, maka bersusah payah mengembalikan nilai wang ringgit namun tidak pernah berusaha untuk memperbaiki nilai dan taraf kemanusiaan.

Total kerosakkan disebabkan sikap cinta akan wang ringgit dan manusia pentingkan diri sendiri."

"Keikhlasan dalam membantu sesama manusia hanya wujud atas faktor kepentingan. Jikalau tiada kepentingan, bantuan itu tidak akan diberikan seikhlas hati. Manusia kini telah diracuni dengan sikap kebendaan/materialistik. Saya percaya kemajuan teknologi adalah selari dengan kemajuan ketamadunan sesebuah bangsa. Walau bagaimanapun, ketamadunan sesebuah bangsa dipengaruhi oleh corak pemerintahan sesebuah kerajaan yang diterajui oleh perwakilan-perwakilan bangsa mereka. Pemerintahan yang adil, saksama serta bijaksana akan membawa kepada kemajuan bangsa seterusnya ketamadunan. Untuk lebih memahami perkara ini, kita ambil contoh keadaan kerajaan dan bangsa di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Bandingkan dengan malaya, Singapura, Hongkong, China, Korea Selatan, Jepun, Russia, UK, USA dan seterusnya...

Dimanakah posisi kita? Mungkin tidak salah jikalau dikatakan bahawa ketamadunan bangsa Negara Sabah khususnya adalah terletak dengan "Cinta akan wang ringgit dan sikap penting diri-sendiri". Ermmm..."


"Dengan kedudukan... Mereka boleh perolehi WANG dengan mudah dan dengan WANG boleh beli maruah atau harga diri dan kesempatan dalam mengukuhkan kedudukan sehingga kalis dari segala sudut undang-undang... Sifat kemanusiaan terbatas, Kritikan hanya anggapan celah gigi sahaja... Yang terbeban akan terus terbeban dan yang membeban akan terus membebankan untuk mengekalkan kedudukan dan kepentingan diri."

"Saya mempunyai kerisauan tentang perkara ini. Jikalau ia dibiarkan terus, generasi Negara Sabah khususnya bakal menerima kesan yang sangat teruk hasil daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini yang dilakukan oleh kepimpinan yang wujud pada masa sekarang. Kepada yang mempunyai latar belakang pendidikan sudah tentu mampu untuk melihatnya dengan jelas. Sijil kepada pencapaian pendidikan yang diperolehi seharusnya tidak dilihat dalam satu sudut yang sempit iaitu kononnya dengan memiliki sijil kejuruteraan, perakaunan, ekonomi, undang-undang dan sebagainya, ia sudah memadai untuk terus hidup dalam keluarga yang dibina dan membiarkan segala permasalahan yang berlaku. Dalam erti kata lain, melepaskan tanggungjawab didalam sosial kemasyarakatan. Pendidikan harus dilihat sebagai platform kepada latihan untuk berfikir. Kejayaan didalam memiliki sijil pendidikan harus juga dilihat sebagai satu kejayaan didalam melatih pemikiran secara matang, rasional dan bijaksana. Dengan itu, apabila sesuatu yang tidak betul berlaku, secara automatiknya, akan timbul satu perasaan bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan tersebut.

Didalam perkara ini, saya maksudkan dengan keadaan sosial, ekonomi dan politik Negara kita, Sabah... Malangya, ramai yang berpendidikan telah memilih untuk membutakan mata, memekakkan telinga dan membisukan mulut kerana tidak mahu memikul rasa bertanggungjawab tersebut (sense of responsibility). Malah, mereka berusaha menafikan segala kepincangan dengan hujah-hujah yang nampaknya professional dan ilmiah namun penuh dengan alasan-alasan yang mampu diselesaikan dengan mudah. Itulah realiti yang sebenarnya berlaku."

"Setelah sudah banyak hal yang berlaku, masih lagi kita mengagung agungkan dan mengangkat martabat dan dasar ketuanan melayu raya. Mereka-mereka ini yang mengklaim seluruh tanah/wilayah adalah kawasan jajahan mereka. 

Rakyat bawahan ialah hamba abdi yang mengerjakan, menuai hasil bumi lalu dijadikan harta dunia mereka. Bangsa-bangsa di tanah seberanglah yang bertanggungjawab atas segala kutukan dan hinaan yang dilemparkan kepada bangsa-bangsa borneo. 

Pemimpin-pemimpin tempatan yang sedaya upaya ingin meletakkan diri setaraf dengan mereka, namun hakikatnya hanya kelihatan tampak bodoh seperti boneka buruk yang bakal dilemparkan.Telah kehilangan maruah diri sehinggakan semua keturunan darah daging mereka yang kaya raya hasil pengkhianatan nenek moyang mereka bakal dikutuk kutuk dan dipermalukan. 

Berasa malulah pada ketika wakil-wakil rakyat yang berpakaian serba indah tiada cacat penampilan ketika lalu di hadapan rakyatnya yang miskin serba kekurangan. 

Berasa malulah mereka juga bilamana anak keturunan mereka hidup mewah tetapi kelihatan anak-anak kampung berpakaian compang camping ke sekolah berkaki ayam.

Kembalikan harta dan kemewahan yang kamu miliki, itu semua adalah kepunyaan rakyat, jauh sekali itu menjadi hak kamu dan keturunan kamu. Ia dipunyai oleh rakyat, bangsa-bangsa borneo yang kamu rompak hak-hak mereka yang sepatutnya."


"Kopisanangan kosuabon. Saya hanya mampu menumpang diatas komen anda, Semuanya sudah cukup jelas dan nyata. Katakan tidak kepada kumpulan pemimpin-pemimpin bangas/nounos kio..."

"Well Said! That is the truth"

"Saya mendambakan satu perjuangan yang sebenar oleh pemimpin-pemimpin tempatan Negara Sabah kerana saya pernah menjadi saksi kepada kebangkitan semangat perjuangan bangsa Negara Sabah pada sekitar tahun 1990an. Saya juga menjadi saksi kepada pengkhianatan dikalangan pemimpin-pemimpin tempatan Negara Sabah yang telah saling tikam-menikam, saling jatuh-menjatuhkan dan saling berlumba-lumba untuk mengumpul harta untuk kepentingan diri, keluarga, kroni-kroni dan parti politik. Tindakan mereka ini semua langsung tidak pernah menjadikan nasib bangsa sebagai agenda utama mereka tetapi hanya menggunakannya sebagai topeng untuk menjayakan agenda-agenda tersembunyi agar perbuatan mereka tidak kelihatan pada mata kasar dikhalayak umum. Mereka berbangga mengatakan bahawa mereka telah mentadbir kerajaan Negara Sabah untuk satu tempoh yang lama tetapi hakikatnya selama itulah mereka juga telah gagal untuk membangunkan bangsa Negara Sabah secara menyeluruh. 

Apa yang dapat dilihat, harta milik mereka kian bertambah-tambah tanpa titik noktah dan kehidupan rakyat yang tertindas dan sengsara pula menjadi senyuman sinis mereka kerana mereka percaya bahawa dengan keadaan sebegitu, akan menjadi mudah bagi memanipulasikan takdir hidup bangsa. Percaturan politik yang berlandaskan kepada ideologi politik asing diangkat dan diwarnai dengan penuh keharmonian manakala ideologi politik tempatan yang berjuang untuk rakyat dicaci dan dihina sekeji-kejinya.

Adakah kenyataan sebegini menghina pihak kerajaan? Sebelum diberikan jawapan "Ya", sila selidiki rakyat negara bangsa Sabah secara menyeluruh. Jangan dipandang kepada kelompok kawasan yang dipimpin sahaja tetapi perlu melihat kepada seluruh kawasan. Apakah timbul perasaan bangga atau malu pada diri-sendiri? Setelah 52 tahun membentuk persekutuan malaysia, adakah pembangunan sosial, ekonomi dan politik di negara Sabah sewajar dengan masa yang telah berlalu? Jikalau teguran seperti ini ditafsirkan sebagai hasutan, saya tidak akan bertanggungjawab terhadap penafsiran itu kerana kenyataan ini adalah kenyataan pada diri saya sebagai sesuatu yang mesti diluahkan agar menjadi renungan bersama kepada semua pihak."

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...