Saturday, 18 July 2015

Negara Sabah dan Negara Sarawak Tidak Terikat Dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Tambahannya lagi, Perlembagaan Persekutuan yang wujud sekarang sebenarnya adalah Perlembagaan asal Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang diwujudkan sebelum malaya mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Beliau juga berkata, ini dapat dibuktikan dengan jelas bahawa definisi "Persekutuan" itu sendiri telah membawa maksud "Persekutuan yang dibentuk pada tahun 1957".

LONDON, 17 Julai 2015: Doris Jones yang merupakan pemimpin kepada sebuah organisasi sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah berdaftar secara sah dibawah bidang kuasa perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) telah menimbulkan beberapa persoalan tentang kesahihan perlembagaan persekutuan malaysia sehingga menjadi perbualan yang hangat dikalangan pengguna sosial halaman Facebook.

Didalam kenyataannya, beliau mempersoalkan tentang bagaimana Sabah mahupun Sarawak boleh tertakluk kepada perkara-perkara dalam Perlembagaan yang diwujudkan sebelum pembentukkan Malaysia.

Menurutnya, Perlembagaan Malaysia yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara adalah merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia. Namun, ujarnya, ia sebenarnya merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah merdeka pada tahun 1957. 

Penjelasan kepada kenyataannya menerangkan bahawa sebelum terbentuknya Persekutuan Malaysia, sebuah Perlembagaan Baru Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada tahun 1963 perlulah diwujudkan seperti mana yang disarankan didalam laporan Inter-Governmental Committee (IGC) namun pemimpim kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) pada ketika itu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan untuk menggunakan terlebih dahulu Perlembagaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sementara sebuah perlembagaan baru akan diwujudkan nanti. Namun, sehingga kini, perlembagaan baru tersebut tidak pernah wujud. 

Tambahannya lagi, Perlembagaan Persekutuan yang wujud sekarang sebenarnya adalah Perlembagaan asal Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang diwujudkan sebelum malaya mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Beliau juga berkata, ini dapat dibuktikan dengan jelas bahawa definisi "Persekutuan" itu sendiri telah membawa maksud "Persekutuan yang dibentuk pada tahun 1957".

Persoalan yang timbul daripada definisi tersebut ialah, adakah negara-negara di Borneo pada ketika itu iaitu North Borneo (kini negara Sabah) dan negara Sarawak telah menyertai Persekutuan Tanah Melayu? Jawapannya adalah Tidak, katanya.

Beliau menegaskan lagi bahawa pada ketika malaya mencapai kemerdekaannya, negara North Borneo dan negara Sarawak masih lagi merupakan Tanah Jajahan Makhota British sehingga pada tahun 1963. Jadi, dimanakah logiknya kesahihan akan penggunaan perlembagaan ini, ujarnya.

Definisi "Persekutuan" menurut Perlembagaan negara Sabah dan negara Sarawak memberikan pengertian "Persekutuan yang dibentuk semasa dan selepas Malaysia Day". Malaysia Day yang dimaksudkan didalam Perlembagaan kedua-dua negara Borneo ini adalah merujuk kepada tarikh terbentuknya Persekutuan Malaysia melalui Deklarasi Rasmi pada 16 September 1963. Beliau mempersoalkan lagi tentang bagaimana definisi "persekutuan" ini saling bercanggah antara satu sama yang lain.

Dalam erti kata lain, beliau menegaskan bahawa jikalau undang-undang yang tertinggi ini sudah memberikan definisi yang salah, maka perjuangan Sabah Sarawak Union (SSU-UK) adalah sah disisi undang-undang didalam mempersoalkan kesahihan perlembagaan dan pada masa yang sama perjuangan kearah kemerdekaan sebenar negara Sabah dan negara Sarawak melalui perpisahan daripada persekutuan malaysia adalah tidak menyalahi undang-undang sama sekali. Ini juga jelas dinyatakan didalam laporan Cobbold Commission yang mengatakan bahawa "mana-mana negara yang menyertai persekutuan ini dengan secara sukarela mempunyai hak intrinsik (hak dalaman) untuk berpisah daripada persekutuan jikalau mereka mendapati bahawa persekutuan ini tidak memberikan manfaat kepada mereka". Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Lord Cobbold dan disokong sepenuhnya oleh Sir Landowsne dengan tidak memasukkan larangan berpisah didalam Perjanjian Malaysia yang telah ditandagani pada 9 Julai 1963.

Laporan ini disampaikan oleh Reporter Borneo Nationalist.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...