Saturday, 18 July 2015

Persekutuan Malaysia HANYA WUJUD pada 16 September 1963 dan BUKAN pada 31 Ogos 1957!

Adakah anda masih tidak faham??? Mengapa tidak menggunakan Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963? Untuk menggunakan perjanjian Persekutuan Malaysia 1963, sebuah Perlembagaan Baru yang terdiri daripada Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan malaya (yang terdiri daripada 11 negeri) perlulah diwujudkan. Pemimpin malaya yang dahulu diketuai oleh tunku abdul rahman mengatakan gunakanlah dahulu perlembagaan malaya dan nanti perlembagaan baru akan diwujudkan. Sehingga kini, tiada sebarang usaha untuk mewujudkan perlembagaan Persekutuan Malaysia. Yang ada hanyalah perlembagaan malaya bertopengkan malaysia. 

Adakah susah sangat untuk anda memahami perkara ini?

Perlembagaan malaya tidak mampu mengikat Negara Sabah mahupun Negara Sarawak kerana dasar perjanjian tidak dipatuhi sepenuhnya. Ini kerana perlembagaan yang wujud sekarang hanyalah yang melibatkan negeri-negeri tanah melayu. Apabila terwujudnya persekutuan malaysia, Negara Sabah dan Negara Sarawak hanya diselitkan didalam beberapa artikel dan perkara didalam perlembagaan malaya.

Adakah itu yang anda katakan perlembagaan baru? Atas sebab itu jugalah malaya tidak mampu mengikat negara Singapura kerana pembentukkan persekutuan ini adalah atas dasar sukarela. You don't like, you can quit from the federation. Singapura sudah membuktikan kebenaran kata-kata ini.

Namun, kepimpinan negara Sabah dan negara Sarawak pada waktu dahulu tidak sehebat seperti negara Singapura kerana taraf kehebatan pemikiran dan kesedaran serta sokongan rakyat telah menjadi faktor kepada kelemahan penentangan yang inginkan perpisahan. Ditambahkan lagi terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang sanggup mengkhianati kepentingan bangsa dan negara telah membawa negara Sabah dan negara Sarawak kepada keadaan yang mendukacitakan sehingga kini.

Tetapi, perkara ini akan berubah tidak lama lagi kerana kesedaran dan keberanian itu sudah mulai menampakkan aura dan kebangkitan. Apakah ancaman seperti penangkapan, akta hasutan dan sebagainya mampu menakutkan serta melemahkan gerakkan Kemerdekaan ini? 

Sejarah sudah membuktikan bahawa usaha seperti itu hanya akan menjadi faktor pemangkin yang paling mujarab dalam menjayakan gerakkan kemerdekaan ini.

Apakah ini semua omongan kosong? Lakukanlah jikalau tidak percaya.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...