Wednesday, 22 July 2015

Tiba masa Sarawak iktiraf tanggal 22 Julai: Masing

KUCHING: Sudah tiba masanya untuk Sarawak mengiktiraf kemerdekaan sendiri pada 22 Julai, kata Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing.

Tegas beliau, tarikh tersebut sepatutnya sudah lama diberi penghormatan tetapi telah dibayangi hari kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos yang tidak berkaitan dengan Sarawak.

“Kemerdekaan kita adalah pada 22 Julai 1963 apabila Sarawak mendapat kemerdekaan daripada kerajaan British. Saya harap setiap rakyat Sarawak memberi penghormatan kepada hari ini dan berbangga dengan hakikat bahawa kita sudah mencapai kemerdekaan sebelum penubuhan Malaysia bersama Sabah, Singapura dan Malaya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dalam pada itu, Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) menegaskan bahawa sejarah negeri ini harus diletak dalam perspektif yang tepat dan disampaikan kepada golongan muda dengan fakta yang betul.

“Sejujurnya, 22 Julai adalah hari kemerdekaan kita (Sarawak) manakala 31 Ogos adalah untuk Semenanjung Malaysia dan penubuhan Malaysia adalah pada 16 September.

“Kita perlu menghargai tarikh ini dan memastikan sejarah itu tidak akan dipa-damkan,” katanya.

Apabila ditanya mengenai seruan orang ramai untuk mengisytiharkan 22 Julai sebagai cuti umum, Masing berkata perkara itu boleh di-selesaikan pada waktu lain.

“Ketika negeri ini secara rasmi mengiktiraf 16 September, tiada cuti umum diadakan.

“Bagi 22 Julai, meng-umumkan cuti umum tidak sepenting pengiktirafan kita mengenai hari kemerdekaan pada tarikh tersebut.

“Mungkin kemudian tetapi perkara ini tidak begitu pen-ting buat masa sekarang,” katanya sambil menambah perkara paling penting ialah rakyat Sarawak mesti faham bahawa 22 Julai adalah hari kemerdekaan negeri.

Source: http://www.theborneopost.com/2015/07/22/tiba-masa-sarawak-iktiraf-tanggal-22-julai-masing/#ixzz3gbhPVGEE
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...