Monday, 3 August 2015

Apabila Jenayah Berselindung Disebalik Undang-Undang

1.Tidak pernah ada pun menteri yang lantang bercakap akan berusaha menghapuskan salah laku dan pecah amanah dalam kalangan menteri-menteri dan ahli politik. Yang kita selalu dengar berulang ulang adalah nasihat kepada rakyat, harapan dan janji-janji palsu iaitu memberi kesejahteraan kepada rakyat dan memperbaiki taraf ekonomi rakyat.

2. Undang-undang yang pernah ada di Malaysia, hanya disediakan khas untuk menteri-menteri dan ahli politik. Ahli politik beserta dengan undang-undang mereka sahaja. Sistem perundangan yang hanya berkesan kepada rakyat biasa tetapi kebal kepada empunya kuasa perundangan iaitu dalam kalangan pengamal undang-undang dan barisan menteri-menteri dan sekutunya.

3. Undang-undang dalam Malaysia telah mematikan dan membekukan hak-hak dan kuasa rakyat bawahan. Ianya digunapakai ke atas rakyat biasa, iaitu pekerja bawahan.

4. Kesalahan jenayah terbesar dalam sebuah negara itu bukanlah jenayah sosial yang hanya melibatkan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat. Mahkamah, polis, pendakwa raya, perundangan dan perlembagaan semuanya sengaja direka dan diwujudkan untuk rakyat. Berlakunya penyalah gunaan kuasa. Lalu rakyat dikawal seketat ketatnya dengan alasan untuk menjaga kesejahteraan negara dan mengawal keamanan dalam Malaysia. Orang awam atau rakyat biasa dijadikan simbol utama kepada permasalahan jenayah sosial yang akan memudaratkan negara.

5. Hakikatnya, jenayah serius dan hal yang bakal memudaratkan sesebuah negara itu ialah krisis yang ditimbulkan sendiri dalam kalangan menteri-menteri barisan hadapan negara dan ahli politik itu sendiri. Skandal korupsi dan penyelewangan yang dilakukan oleh menteri-menteri merupakan jenayah terburuk dan keji yang sepatutnya bakal mengugat kesejahteraan dan keselamatan dalam negara.

6. Mengapa ketua hakim atau ketua peguam, pendakwa raya negara, pasukan keselamatan negara iaitu polis dan tentera hanya dikerahkan untuk menangani permasalahan rakyat biasa. Bagaimana dengan pasukan pendakwaan khas, pasukan perisikan khas, akta-akta dan undang-undang dalam negara yang disediakan khas jika berlakunya salah laku dan pecah amanah dalam kalangan menteri-menteri?

7. Adakah salah laku yang hanya dilakukan oleh rakyat biasa seperti mencuri, memfitnah, membunuh, dan sebagainya diyakini tidak pernah langsung dilakukan oleh menteri-menteri kita pada hari ini? Menteri-menteri yang dilantik menjadi pemimpin negara pada hari ini merupakan seorang rakyat biasa yang dipilih untuk menjadi menteri. Jika seorang menteri itu dahulunya pernah menjadi rakyat biasa sebelum dipilih menjadi pemimpin, maka pada hari ini atas apakah alasan atau undang-undang dunia manakah yang menyatakan bahawa mereka tidak harus dikenakan tindakan atau hukuman atas salah laku mereka.

8. Pecah amanah yang dilakukan oleh mereka kerana tanggapan bahawa jawatan yang disandang dilihat sebagai harta dan kekayaan semata mata.

Tanpa kita sedari bahawa kita diperbodohkan melalui persetujuan untuk akur dan tunduk dan sembah kepada kuasa atau sistem perundangan dan perlembagaan yang dianggap mampu menstabilkan keadaan negara dan mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni dan bebas daripada kuasa penjajahan oleh negara luar. Ciptaan undang-undang buatan manusia yang cuba mengaburkan mata rakyat bagi menutup rahsia dan penyelewangan yang dilakukan oleh pemimpin negara.

9. Jikalau rakyat sudah kehilangan kepercayaan kepada perundangan negara, maka tidak perlulah wujudkan pekerjaan sebagai peguam, kerana pada hakikatnya wang ringgit, masa dan tenaga yang dibazirkan juga tidak pernah berpihak dan menyebelahi nasib rakyat.

Source: G.M
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...