Wednesday, 5 August 2015

Tolak Najib atau Tolak UMNO?

Saya memang tolak Najib dan tolak UMNO. Ini pandangan dan tindakan saya. Jelas seperti kristal jernih.

Ada pandangan yang kata kita tukar Najib untuk kebaikan negara. Tetapi UMNO harus kekal memerintah demi Melayu dan Islam. Saya kata pandangan ini salah. Buktinya?

1. Tun M letak jawatan kerana tekanan yang mengatakan beliau sudah terlalu lama dan bakal rosakkan negara dan tidak Islamik. Beliau akur.

2. Tun A ganti malah lebih teruk ekonomi negara. Banyak perkara tidak terkawal. Orang kata Tun A terlalu lembik walaupun agak Islamik. Beliau akur dan letak jawatan.

3. DSN ganti, juga masih teruk. Ekonomi merundum, banyak isu tanpa jawapan jelas. Digesa letak jawatan malah memecat orang lain.

Kalau sudah tiga kali ganti masih tidak ngam, maka apa masalah sebenar? Kepimpinan? Bukan. Masalahnya ialah UMNO yang sudah berakar umbi dan melahirkan jenis kepimpinan ini. Gantilah bagaimana, masih tetap sama. Selain itu ialah masalah sistem pentadbiran negara yang banyak dikuasai rangkaian pemimpin UMNO. Selagi rangkaian ini tidak diputuskan, penjawat awam tidak akan dapat buat kerja dengan baik. Ada peluang untuk dipecat jika tidak ikut arahan.

Jadi mau tolak Najib atau UMNO? Jawapan saya tolak UMNO maka Najib dan pemimpin yang sejenisnya ditolak secara langsung. Rangkaian busuk dalam sistem pentadbiran bakal diperbaharui dengan rangkaian baru. Mereka yang baru ini sudah tentu lebih berhati2 dan ini baik utk negara.

Masih ada persoalan lagi. Katanya kalau UMNO kalah, Melayu dan Islam hancur.

Cuba kaji sejak lebih 50 tahun ini UMNO buat apa dengan Melayu dan Islam?

1. Peratusan ekonomi utk Melayu/Bumiputera tidak pernah capai sasaran. Sebab apa? Rasuah dan kroni, akhirnya projek alibaba.

2. Ruang dakwah begitu terbuka luas, tetapi Islam masih takut rosak aqidah hanya kerana lihat perkataan Allah diguna agama lain dan lambang salib. Ketika di negara barat, Islamnya berkembang walau dikelilingi rumah ibadat agama lain. Sebab apa? Sebab Islam di negara ini hanya topeng untuk raih sokongan. Ini menyebabkan bukan Islam memandang serong terhadap Islam.

Jadi siapa rosakkan Melayu dan Islam? Jawapan saya UMNO. Walaupun demikian, masih ada alim ulama dalam UMNO termasuk yang sudah jadi YB. Saya yakin mereka ini tetap diterima rakyat walaupun tanpa lambang keris itu lagi.

Jadi masih mahu tolak Najib? Janganlah. Tolak UMNO terus. Baru Ngam.

Hasmin Azroy Abdullah.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...