Sunday, 27 September 2015

Tentera Yang Berasal Dari Sabah dan Sarawak Dilarang Menyokong SSKM dan S4S

KOTA SAMARAHAN, 9 September 2015: Sebuah surat "Arahan Larangan Anggota Tentera Menampal Pelekat Kenderaan 'Sarawak For Sarawakian (S4S)' dan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)" telah dikeluarkan oleh Tentera Darat yang ditujukan kepada Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak.

Surat yang tarikhnya dipadamkan telah menjadi viral apabila Admin Page Facebook Sabah Sarawak Union - United Kingdom telah memposkan surat tersebut didalam Page Wall mereka untuk tujuan perkongsian dan perbincangan.

Melalui kenyataan didalam Page tersebut, admin Page telah menyatakan bahawa anggota-anggota Tentera yang berasal daripada Sabah dan Sarawak telah mendapat tekanan daripada pihak pentadbiran tentera untuk tidak memberikan sokongan seperti penglibatan diri terhadap pergerakan sosial daripada kumpulan Sarawak For Sarawakian (S4S) dan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Tambahannya lagi, jikalau tentera sendiri telah mengambil langkah seperti ini, "apakah maksud disebaliknya?"

Admin Page tersebut juga telah menimbulkan persoalan yang membuatkan pengguna-pengguna laman sosial Facebook berbincang tentang perkara ini. Didalam persoalan yang ditimbulkan ialah "adakah aura dan sentimen perjuangan SSKM-SSU(UK) dan S4S dikhuatiri akan mempengaruhi minda tentera-tentera yang berasal dari Borneo, Negara Sabah dan Negara Sarawak?"

Kesan terhadap kekhuatiran tersebut telah menyebabkan pemantauan yang ketat dilakukan oleh semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah tertinggi Tentera di setiap Kem yang mana arahan tersebut berkuatkuasa serta-merta.

Maklumbalas daripada pengguna laman sosial Facebook terhadap surat larangan tersebut memberikan pelbagai pandangan peribadi dan rata-rata mereka memberikan respon kesedaran bahawa malaya kini kian menampakkan kerisauan akan kebangkitan bangsa Sabah dan bangsa Sarawak didalam menuntut Kemerdekaan bagi negara mereka.

Source: Bobohizan.com
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...