Friday, 13 November 2015

Bangsa Negara Sarawak Sangat Tergila-gilakan Dengan Ideologi Parti-Parti Malaya

Kalau rakyat negara Sarawak masih mahukan pkr, dap mahupun amanah, maka jangan pula salahkan rakyat negara Sarawak yang lain kerana inginkan umno di negara Sarawak. Ini kerana kamu tidak mahu mengambil pengajaran yang berlaku di negara Sabah. Apabila ditegur, anda semua dengan bongkaknya mengatakan bahawa "ada hati mahu menasihat orang lain sedangkan diri-sendiri tidak terjaga".

Apabila rakyat negara Sabah memberikan nasihat tentang mengapa bangsa negara Sarawak perlu menolak pengaruh-pengaruh parti malaya di negara Sarawak adalah kerana mereka tidak mahu nasib malang itu menimpa bangsa negara Sarawak.

Kini, negara Sabah berada didalam momentum untuk menyingkirkan pengaruh malaya tetapi bangsa negara Sarawak bermati-matian mahu membawa dan menyebarkan fahaman dan ideologi malaya.

Jikalau itu sudah memang kehendak dan impian bangsa negara Sarawak untuk merasa diri dijajah secara langsung oleh kuasa politik daripada malaya, maka niat, keinginan serta impian itu dihormati.

Apa yang penting, bangsa negara Sabah sudah tekad untuk menyingkirkan ideologi perosak bangsa ini kerana sudah memahami sepenuhnya bahawa kedatangan mereka bukan untuk kepentingan bangsa negara Sabah tetapi untuk kepentingan kelangsungan parti mereka semata-mata.

Disaat bangsa negara Sabah mahu keluar daripada sangkar penjajahan halus ini, disaat itu pula bangsa negara Sarawak berusaha untuk masuk sangkar.

Ini adalah realiti yang sedang berlaku sekarang yang tidak mampu dilihat dengan jelas oleh kebanyakan bangsa negara Sarawak yang pro ideologi malaya.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...