Thursday, 5 November 2015

TMJ Beri Ingat, Semua Negeri Ada Hak Untuk Keluar Dari Malaysia

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan surat pekeliling bertitah supaya semua bendera Jalur Gemilang di seluruh Johor diturunkan dan digantikan dengan bendera daerah.

Selepas kehangatan itu semakin sejuk, semalam baginda mencetuskan lagi kontroversi dengan memberi peringatan bahawa Johor dan negeri lain mempunyai hak untuk menarik diri dari Malaysia jika mana-mana terma dalam Perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.

Baginda bertitah demikian dalam satu temu bual dalam laman web sukan FourthOfficial.com.

Menurut Tunku Ismail, kenyataannya mungkin boleh disifatkan berbaur hasutan tetapi baginda lebih bimbang dan mengutamakan rakyat negeri yang terletak di selatan Malaysia itu.

“Saya akan menjadi Sultan pada masa depan dan tanggungjawab utama saya ialah kepada rakyat Johor.

“Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT keutamaan saya,” titah Tunku Ismail.

Titahnya, rakyat mempunyai hak untuk mengetahu keadaan huru-hara yang berlaku di dalam negara ketika ini dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Istana Johor.

“Bertahun kita hidup aman dan bebas.

“Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas.

“Dan jika mana-mana terma itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri daripada negara ini.

“Anda boleh menuduh saya menghasut sentimen kenegerian, tapi saya hanya menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan tanah yang besar ini,” titahnya.

Pada bulan Jun lepas, adinda Tunku Ismail turut mencetuskan kontroverso apabila memuatnaik tulisan berkaitan perjanjian yang telah dimeterai bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam status di Instagram yang sudah dipadam antaranya menyebut Johor bersetuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.

Perjanjian itu termasuk Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.

Istana Johor sejak beberapa bulan lalu ada beberapa kali membuat kenyataan berbaur sinis dengan menyindir kepimpinan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain meminta kerajaan menyelesaikan segera isu-isu berkaitan ekonomi khususnya berkaitan kejatuhan nilai Ringgit.

Source: PRU14
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...