Monday, 25 January 2016

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) berhubung dengan Campurtangan Datuk James Ligunjang dan Datuk Anifah Aman Dalam Kes Makhamah T4

Salam Sejahtera, Salam Tahun Baru 2016 dan Salam Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang Berjiwa Merdeka dan Berdaulat. Saya Doris Jones mewakili Kumpulan Sosial didalam Facebook dengan nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah berdaftar secara SAH dengan nama NGO Sabah Sarawak Union - United Kingdom (SSU-UK) melalui bidang kuasa Perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan Campurtangan Datuk James Ligunjang dan Datuk Anifah Aman Dalam Kes Makhamah T4. 

Pertama [1], ingin saya memaklumkan kepada anda semua bahawa pihak kami telah dimaklumkan sebelum oleh Peguam T4 ini bahawa kes makhamah yang membabitkan 4 orang pejuang (Tuaran 4 - T4) Kebangsaan Negara Sabah akan ditundakan (dari tahun lepas) kepada 25 Januari sehingga 27 Januari 2016. Namun, apa yang menjadi tanda tanya ialah ketika waktu pagi mereka tiba di makhamah untuk menghadiri pendakwaan keatas mereka, pihak makhamah telah memaklumkan kepada mereka bahawa tiada sebarang sesi makhamah akan berlangsung pada hari ini sehingga 27 Januari 2016. Perkara ini adalah sesuatu yang mengejutkan semua pihak kerana mereka tidak dimaklumkan awal mahupun melalui surat rasmi tentang perkara ini.

Kedua [2], pada hari ahad (24 Januari 2016), empat orang yang didakwa dibawah akta hasutan ini yang juga merupakan Pejuang Kebangsaan Negara Sabah telah dihubungi oleh Datuk James Ligunjang. Melalui mesej yang telah diterima, beliau memaklumkan kepada mereka berempat untuk tidak payah menghadiri perbicaraan pada 25 Januari 2016 iaitu keesokannya. Mereka hanya perlu hadir pada 27 Januari 2016 bersama dengan penjamin masing-masing berserta dengan duit jaminan untuk duduk semeja dengan Datuk Anifah Aman bagi mengucapkan penghargaan terima kasih. Menurut Datuk James Ligunjang, Datuk Anifah Aman telah membantu untuk menggugurkan kes tersebut. Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah mengapa Datuk James Ligunjang dapat mengetahui perkara ini lebih awal daripada peguam T4 ini? Apakah sebenarnya peranan dan kuasa Datuk James Ligunjang dalam memberikan mesej seperti ini sedangkan hakim John Wayne Daly dan peguam T4 belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi? Ia menampakkan seolah-olah Datuk James Ligunjang mencampuri bidang kuasa dan peranan Peguam dan Makhamah? Mengapa Datuk Anifah Aman mencampuri kes ini dan meminta ia digugurkan menurut Datuk James Ligunjang? Adakah tindakan dan perbuatan yang dilakukan oleh Datuk James Ligunjang dan Datuk Anifah Aman ini akan menyebabkan Pejuang-Pejuang Kebangsaan Negara Sabah terhutang budi? Apakah justifikasi yang rasional untuk mereka berasa terhutan budi?

Ketiga [3], Datuk James Ligunjang tidak menyatakan secara jelas tentang berapakah jumlah wang yang perlu disediakan dan untuk apakah duit tersebut? Tiada arahan mahupun keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak makhamah tentang penyediaan penjamin dan duit jaminan tersebut keatas mereka. Pihak kami merasakan bahawa terdapat satu permainan dalam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan pihak makhamah mengosongkan sesi makhamah pada hari ini, 25 Januari sehingga 27 Januari 2016.

Keempat [4], untuk setakat ini, pihak kami ingin menyatakan bahawa tuduhan keatas empat orang Pejuang Kebangsaan Negara Sabah dibawah Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana tiada sebarang keputusan rasmi yang dijatuhkan keatas mereka. Melalui perkara ini, adakah anda semua sudah mampu melihat dengan jelas tentang kebenaran perjuangan yang dibawakan oleh pihak kami melalui gerakan NGO Sabah Sarawak Union-United Kingdom (SSU-UK)? Jikalau pihak kami berada ditempat yang salah, bukankah ini akan memudahkan pendakwaan keatas T4? Sebaliknya perkara seperti itu tidak berlaku kerana apa yang diperjuangkan adalah benar dan sahih.

Pihak intelek antarabangsa sedang mengikuti perkembangan kes T4 ini dan apabila mereka mengetahui akan keadaan kes ini yang digugurkan, apakah ia akan memberikan imej yang positif keatas status kedudukan "Malaysia"? Bagi pihak kami, ia menjadi sumber kekuatan yang sudah dijangka dan ini akan menguatkan lagi momentum perjuangan untuk bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak berpisah daripada kuasa cengkaman penjajahan malaya yang bertopengkan "Malaysia". 

Cahaya Kebenaran sudah jelas menerangi kegelapan yang selama ini menyelubungi bangsa Borneo. Cahaya ini juga akan terus menelanjangkan penipuan-penipuan dan pengkhianatan yang selama ini dilakukan oleh kerajaan Malaya keatas bangsa dan negara Borneo dari Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Doris Jones
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...