Sunday, 14 February 2016

Siapakah Callistus Fernandez yang hampir merogol gadis Ranau???

Siapakah Callistus Fernandez?

***Gambar yang dikongsikan dalam album ini adalah gambar dirinya bersama dengan isteri dan anaknya yang masih kecil.***





Mungkin pendedahan admin ini bakal mengejutkan anda. Sebelum meneruskan pendedahan ini, lelaki ini telah berkahwin dengan seorang perempuan Cambodia yang bernama Roth Maria Fernandez.

Mungkin anda tertanya-tanya yang mana satukah profile akaun Facebook lelaki ini. Pihak admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang individu yang telah membantu pihak admin untuk mencarinya. Nama Facebook lelaki ini adalah Knights Templar.

Seperti yang didakwa oleh beberapa individu bersama dengan gadis Ranau yang hampir menjadi mangsa rogol lelaki ini, dia adalah seorang intelektual yang telah menghasilkan beberapa buku. Informasi yang diperolehi, pada tahun 2012, lelaki ini merupakan seorang Pensyarah, dalam bahagian Sosiologi di National University of Singapore.

Pada tahun 2014, lelaki ini menjalankan kajian mengenai "KAJIAN SOSIO-EKONOMI, POLITIK DAN AGAMA MASYARAKAT KADAZANDUSUN MURUT NEGERI SABAH". Informasi ini dikongsikan oleh seorang individu yang telah pernah berkerja dengannya pada tahun tersebut.

Disini, admin senaraikan buku-buku mahupun artikel yang dihasilkan oleh lelaki ini.

Projek Usahahaju in the Context of Development Paradigms: A Critical Evaluation
By Callistus Fernandez

Perkembangan Ekonomi Penjajah dan Penentangan Masyarakat Murut: Pemberontakan Murut 1915.
By Callistus Fernandez

The Rundum Rebellion of 1915 Reconsidered
By Callistus Fernandez

Contesting Colonial Discourse: Rewriting Murut History of Resistance in British North Borneo from 1881-1915.
By Callistus Fernandez

The Legend by Sue Harris: A Critique of the Rundum Rebellion and A Counter Argument on the Rebellion
By Callistus Fernandez, Department of Sociology, National University of Singapore.

Callistus Fernandez Vs Menteri Sumber Manusia Malaysia & Anor (Labour Law -Discretion of Minister) Page 649.

Colonial Knowledge, Invention and Reinvention of Malay Identity in Pre-Independence Malaya: A Retrospect
By Callistus Fernandez

Untuk pengetahuan umum, dia juga merupakan seorang Graduan Master, Calon PhD bagi Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Informasi ini diperolehi daripada International Conference on Social Sciences, Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM (ICOSH-FSSK 2012). Selain itu juga, dia merupakan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengajar subjek Sosiologi.

Terdapat banyak sumbangannya namun ia tidak selari dengan perbuatan yang dilakukannya. Walau apapun sumbangan lelaki ini, ia bukan satu alasan untuk terlepas daripada hukuman atas perbuatan yang boleh disabitkan dibawah seksyen jenayah kerana telah melakukan cubaan merogol terhadap gadis ranau ini.

Tambahan maklumat tentang lelaki ini juga apabila melihat kepada rentetan aduan yang diberikan oleh beberapa individu telah menunjukkan bahawa rata-rata mereka adalah terdiri daripada etnik Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Chinese. Setelah usaha dilakukan untuk memahami kenapa ia berlaku sedemikian, akhirnya admin telah menemui iklan kekosongan kerja yang telah diiklankan pada tahun 2014. Kunci utama kepada pencarian maklumat ini adalah terletak kepada email yang telah diberikan oleh beberapa individu yang membuat aduan. Itulah email yang digunakan oleh lelaki ini. Sila rujuk gambar dibawah untuk melihatnya sendiri.

Walaupun info iklan ini disiarkan pada tahun 2014, tapi ia mampu memberikan sedikit sebanyak kefahaman kerana sehingga kepada individu yang terbaru adalah terdiri daripada golongan etnik yang disenaraikan diatas sahaja. Selain latarbelakang pendidikan yang mesti memiliki diploma atau ijazah, pemilihan individu yang ditemuduga ini dilakukan adalah berdasarkan kepada wajah dan tubuh badan yang menarik. Semua gadis-gadis yang ditemuduga dan lulus tanpa perlu sebarang saringan adalah jatuh kepada kategori gadis-gadis yang menarik, cantik dan mempunyai tubuh badan yang seksi. Ini dapat disokong melalui kenyataan aduan yang diterima oleh admin daripada si Pengadu. Menghantar gambar terlebih dahulu sebelum resume menjadi syarat utama kepada lelaki ini dalam memilih "pembantunya".

Setelah mengenali sedikit sebanyak latarbelakang lelaki ini, adakah anda semua berasa gentar, takut dan tidak berani untuk menentangnya? Anda sanggup menarik balik sokongan kepada gadis Ranau yang hampir menjadi mangsa rogol kepada lelaki ini? Apakah latarbelakang pendidikan dan sumbangannya selama ini akan menjadi pengukur kepada sokongan dan hukuman terhadapnya?

Jikalau anda mengatakan keadilan kepada gadis Ranau mesti ditegakkan, sebarkan informasi ini agar pengadilan yang saksama dan adil dapat diberikan kepada gadis Ranau tanpa sebarang penipuan dan berat-sebelah.

*** Kepada mereka yang tidak tahu cerita tentang jenayah yang dilakukan oleh lelaki ini, sila rujuk link ini dibawah untuk mengetahuinya.***




Sila sebarkan agar semua orang mengenali diri lelaki ini.

Source: Bobohizan Press
Reactions:

1 comments :

Menunggu kesudahan cerita.. mesti berani kerana benar.. jika salah, awal-awal mengaku la..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...